Awal hidup Dr._Seuss

Theodor Geisel lahir dan membesar di Springfield, Massachusetts. Beliau merupakan anak kepada Henrietta (née Seuss) dan Theodor Robert Geisel, seorang pemilik kilang bir sebelum kilang tersebut ditutup ketika Zaman Pengharaman (Prohibition).[4][5][6] yang merupakan imigran dari negara Jermanfour of his grandparents were German immigrants.[7]

Geisel memasuki Dartmouth College di mana beliau mendapat ijazahnya pada tahun 1925.[8] Selepa situ, beliau melanjutkan pengajiannya di Lincoln College, Oxford dengan tujuan mendapatkan kedoktoran falsafah dalam bidnag kesusasteraan Inggeris.[9][10] Di sana, beliau bertemu Helen Palmer yang mengalakkannya berhenti agar mengejar impiannya sebagai seornag pelukis.[9] Beliau kembali ke Amerika Syarikat pada Februari 1927 tanpa ijazah kedoktoran itu,[11] dan beliau segera menghantar karya tulisan dan lukisannya ke majalah-majalah, penerbit buku dan agensi pengiklanan.[12]